Monday, January 25, 2010

Beranikah Anwar pecat Zulkifli Nordin?

Cekati Tembaga menulis..

SELASA depan akan menjadi penentu kepada PKR dan juga Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen parti itu bagi kawasan Kulim Bandar Bharu kerana pada hari itu Biro Politik PKR akan bersidang dengan dipengerusikan sendiri oleh Anwar Ibrahim bagi membincangkan tindakan yang akan diambil terhadap ahli parlimen itu kerana membuat laporan polis terhadap Khalid Samad.

Zulkifli pada hari Sabtu lalu telah membuat laporan polis terhadap Khalid berkenaan isu kalimah Allah yang disifatkannya sebagai mengelirukan umat Islam.

Biarpun tindakan Zulkifli ini disambut bagai hero oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang rasional namun ternyata ia cukup tidak disenangi PKR.

Anehnya mengapa PKR yang tidak senang duduk padahal laporan polis itu ditujukan kepada wakil rakyat Pas?

Sepatutnya Pas yang merasa panas pedih kerana ia berkait langsung dengan mereka tetapi para pemimpin Pas mengambil jalan selamat dengan tidak membuat ulasan langsung terhadap tindakan Zulkifli Nordin ini.

Sebaliknya PKR termasuk Anwar Ibrahim sendiri menyatakan kekesalannya dengan tindakan Zulkifli Nordin ini dan lebih berpihak kepada Khalid Samad. Pastinya Khalid dilihat "istimewa" kepada Anwar. Kalau tidak masakan Anwar sanggup lupakan jasa Zulkifli Nordin yang telah bertungkus lumus membelanya dalam perbicaraan liwatnya 10 tahun yang lalu.

Apa lebihnya Khalid Samad di mata Anwar berbanding persahabatan yang telah terjalin lama dibina bersama Zulkifli Nordin sehingga sanggup membuat kenyataan Zulkifli Nordin telah melampau batas?

Sementara Zaid Ibrahim, lawyer buangan UMNO yang dikutip PKR dan dilantik sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat, terang-terang mengusulkan agar Zulkifli dipecat daripada PKR.

Nampaknya dari kanan dan kiri Zulkifli Nordin diserang bertali arus oleh 'sahabat' sendiri. Namun sehingga kini tidak ada tanda-tanda beliau akan mengalah. Jelas sekali beliau masih teguh dengan pendirian asalnya, istiqamah dalam perjuangan iaitu Islam dulu, yang lain kemudian.

Nyata sekali, tidak ada tempat dalam PKR kepada mereka yang memegang prinsip ini. Dalam PKR hanya kuasa. Apa-apa atau sesiapa yang boleh menjejaskan jalan ke arah kuasa itu akan disisihkan.

Selasa nanti adalah hari penentuan. Yang pasti Anwar sudah beri bayangan kononnya tindakan akan dikenakan terhadap Zulkifli. Apa pun bentuk hukuman, tidak penting. Sama ada Zulkifli dibuang atau digantung keahlian mahupun sekadar diberi amaran, ia tidak memberi makna apa-apa selagi tidak mampu merobah istiqamah Zulkifli dalam hal ini.

Anwar sudah tidak dapat menahan desakan beberapa kerat pimpinan dalam PKR dan dua tiga orang spynya dalam Pas. Anwar ternyata tidak punyai pilihan lain kerana semua itu adalah talian hayatnya.

Soalnya beranikah Anwar mengambil tindakan terhadap Zulkifli Nordin sehingga ke peringkat memecat?

Jawapannya.. pasti tidak! Anwar akan cipta alasan lagi..

1 comment:

matdeboq said...

Salam,

Pendirian YB Zul amat jelas. Di dalam Posting2 laman Blog beliau pun, beliau memperjelaskan peryataan dan sikap yang beliau ambil.

Malah YB Zul telah mengemuka kan dengan lebih terperinci di dalam Blog Mahaguru58, di dalam bentuk klip Video 4 siri.

Beliau mengemuka asas yang kukuh di dalam Klip Video tesebut. Dan kita harus menghormati nya, kerana pasti sudah beliau tak akan berganjak di dalam isu Kalimah "ALLAH".!

Syukur Alhamdulillah semoga beliau berjaya di dalam Misi Perjuangan beliau itu.

NIK AZIZ PERMAINKAN KALIMAH ALLAH!

Promote your blog!

Mana-mana yg berkenaan yg nak blog die di link kan dlm blog ni blh tinggalkan pesanan kat komen ek.. peace! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Koleksi Artikel